Pages

Monday, November 5, 2012

MASJID YANG REKABENTUKNYA BUKAN MASJID



Baru-baru ni berkesempatan ke Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan di Presint 3 Putrajaya. Sebab apa digelar dalam tajuk diatas Masjid yang Rekabentuknya Bukan Masjid adalah dari segi keindahan arkitekturenya, hiasan dalamannya, dan landskapnya yang jauh dari konsep Masjid yang the old one biasa kita kenali.

Kedatangan saya dan ahli korum Mr Z, Mr F dan Mr K adalah secara tidak sengaja ke Masjid ini kerana kami on the way menuju ke Bangi berjumpa kawan Mr Z. Masjid ini memang betul2 terletak di tepi Tasik Putajaya dan mg sng nampak. 


Sebaik kami sampai di tingkat bawah, kami ingatkan kena bukak kasut rupanya ada eskalator naik ke tingkat 1. Di tingkat 1, Masya Allah sungguh cantiknya hiasan dalam bilik wudhu siap ada2 lighting downlight mcm kat hotel dan tandasnya pun design pun mcm Hotel....... lepas tingkat 1 kami kena naik eskalator ke tingkat 2 untuk ke ruang solat.

Di ruang solat, unsur binaan terdiri daripada besi dan kaca. Ruang solat adalah open supaya angin Tasik Putrjaya boleh keluar masuk dari kiri dan ke kanan. Tiada air cond di dalam masjid ini kerana mereka menggunakan teknlogi air tasik diproses untuk mengeluarkan udara sejuk di sebalik tiang2 besi. Manakala hiasan lanskap di tepi masjid adalah kolam yang sama aras dengan lantai. Pada sapa yang tak perasan mungkin terpijak dan jatuh....sungguh best sembahyang kat sini....Jemput datang ya...


Lanskap kolam yang searas dgn tasik....2 makhluk tu ahli korum tu....

Pandangan terus ke tasik....sungguh indah kan...mcm bersambung plk masjid ni

Ruang solat...dan di depan tu kaca dgn ayat Al Quran warna emas...klau mlm tentu ctk ni.

Imam muda mana la ni...

Tempat Wuduk......sungguh LIKE lighting dia

Tandas yang design ala2 hotel...

1 comment:

  1. Modern design masjid ni tuan.. insyaAllah ada rezeki sampai la den ke sana.. ehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...