Pages

Friday, October 26, 2012

KORBAN DI AIRPORT

Malam Raya Aidiladha 2012 kali ni...terkorban di aiport pengalaman yang kurasakan dahsyat sepanjang aku keje kat Sabah ni dalam menggunakan flight. Nak dijadikan citer aku pulang ke KL pada jam 7.30 petang....walaupun sebenarnya tiket yang aku beli 6.50pm tapi kena reschedule ke 7.30pm.... OK FINE....Syarikat penerbangan yang aku naik kali ni ialah AA ( UDARA ASIA).... Kawan aku Mr T ( bukan nama sebenar ) ...dia first time menggunakn AA untuk pulang ke JB untuk berjumpa isterinya.. Punyalah excited member dapat pulang beraya sakan dengan orang rumah.


Sudahlah sebelum gerak tadi kami diuji, Mr T tertidur dan tidak sedar masa kami mau gerak ke Airport di hantar oleh Mr O. Puas kami call mmg tak berjawab sedangkan jam menunjukkan dah semakin dekat time mau terbang...Syukur kawan Mr T pergi gegar rumahnya dan kejutkan Mr T....itu dah ujian yang pertama


Semasa perjalanan ke Airport, Mr T mengatakan dia tidak bawak Pasport Dokumen Terhad...dan dia agak risau dengan karenah birokrasi Jabatan Imigresen di Airport nanti.. sbb ikut citer Mr O dia pernah kena tahan dgn Jabatan tersebut lebih kurang sejam sebab Pasport Dokumen Terhad tidak bercop staf kerajaan..... ini ujian ke dua pulak

Sebaik sampai di Airport jam 5.30 aku dan Mr T berpecah sbb flight dia jam 6.40pm dan aku jam 7.30pm. Dalam 15 minit lepas tu Mr T mesej  kata Jabatan Imigresen lepaskan dia untuk naik flight...Mungkin aku rasakan dia la manusia paling gembira untuk balik beraya kali ini..Sementara menunggu flightku, aku telah terpesona dan tertarik dengan kedai Warna Merah dan Pakcik Rambut Putih tu....

Sebaik setel perut kenyang aku pun pergi la Balai Berlepas..time aku sampai aku lihat Mr T sedang berbaris sbb flight dia dah ready untuk departure...Aku senyum jak la....Tetiba keluar announcement flight AK 5645 ke JB has been delayed..... terus org yang berbaris panjang tadi mengeluh....

Jam di tangan menunjukkan jam 7.15 pm, keluar sekali lagi announcement flight AK 5113 ke KL pun has been delayed....adoi.... Mengikut kata org airport kelewatan disebabkan lampu landasan tidak menyala dan menyukarkan kapal terbang mendarat dan berlepas waktu malam.... Aku dan Mr T pun melabuhkan punggung di depan Kedai Eraman sambil berbual-bual.....Berbual dengan salah sonag brader dr Labuan yang perlu terbang balik atas urusan emergency ibunya sakit kuat di Selangor...Rasa simpati pun ada untuk brader tu apabila dia mengeluh dah banyak kali saudara maranya meninggal dia tidak berpeluang balik ke Selangor....Benda ni mcm pernah aku alamai masa Arwah Abah meninggal dunia tahun lepas...jam 4 pagi aku dah standby di Airport... tengah 2 dok borak dgn brader , ada satu budak ni duk mengendeng ( bahasa Semenanjung mcm duduk tepi ) kat aku...Rupa2nya budak sem 1 dari institut kemahiran aku keje ni....kita gelarkan dia Mr H... 

Last2 semua flight malam tu dari jam 6.30 sampai jam 11.00 mlm ...telah dibatalkan.... dan pihak AA membuat announement sila beratur semula di kaunter 7,8,9 dan 10 untuk tukar flight esok..Punya la ramai umat time tu , yg potong barisan lagi...adoi kenapa la dorang tak suh beratur ikut Flight kan senang mau kasi urus..

Aku lihat Mr T dah macam frustated tahap gaban dan studentku tadi Mr H pun blurring....pastu akau cakap kita tukar flight jak dulu yang lain2 tu fikir kemudian..Kami tgk barisan tak bergerak pun sbb ramai orang dalam anggaran 200 orang.Nak ditakdirkan oleh Allah student Mr H tadi nampak ada satu port yg boleh tukar tiket dgn cepat..iaitu di blkg signboard AA...Kami pun terus menukarkan tiket utk terbang pagi Raya...
Pulanglah kami ke kuarters dgn kehampaan....


Ramainya umat manusia yg terkandas

Sebelah kanan tu, port tukar tiket plg cepat yg ada mcm warna merah putih tu....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...