Pages

Saturday, July 20, 2013

Travellog UMRAH - 4


Tujuan travellog ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan saya ujub dan takbur mengenai umrah saya ini dan agar Allah mengetahui niat sebenar saya iaitu sekadar untuk mengetuk di lubuk hati para pembaca mengenai pengalaman kembara di bumi yg penuh barakah oleh Allah, Mekah dan Madinah....


Flight AIRBUS A380, No Flight UAE347.......majoriti kesemua penumpangnya Pak Arab dan Mak Arab.Ingatkan apabila masuk flight Emirates ni pramugari dia Orang Arab, tetapi kenyataan yang diharapkan memang meleset belaka. Kesemua steward dan stewardess dia adalah orang asing England, USA, German, Philippine, Japan, Malaysia........jai bila naik flight ni mcm berangan2 kejap pg terbang ke USA ...sbb majoriti bahasa pengantar English dan dituturkan oleh omputih. Servis  yang diberikan mmg tip top. Salah satu pelik sikap orang Arab ni, apabila kita cuba meletakkan bagasi di atas seat kita....dia kan bising....dia kan cakap like this...Give my way....(dia x reti nak bersabar mcm kita Orang Malaysia bg member dulu letak beg )....
No seat 71 G dan Flight UAE 347.....cam tu la rupa kapal yg sa naik tu


Di seat mmg disediakan dengan selimut warna krim, headset..... Kat seat depan kita disediakan panel skrin macam Samsung Tab...semua ada...ni termasuk dengan kamera dr ekor flight nak tunjukkan mcm mana kapal terbang tu bergerak dari landasan...ni mmg best baru jumpa kan...jadi mmg kapal terbang time bergerak mata tgk skrin jak dengan member sebelah. 
Gambar dri ekor A380
Disebabkan perjalanan dari KL ke Dubai agak panjang 9 jam...jadi kami telah dijamukan set mkn malam dan jugak supper.....bolehla makan menunya ada jugak nasi ...tetapi benda wajib yang ada dalam menu org Arab ni Dessert dia mmg semanis2 gila sampai rasa menangis nak habiskan portion makanan tu dan satu lagi ROTI dengan keju atau mentega ( nak bg gumuk kali )
Set dinner,,,,x silap nasi tu lauknya daging


Set roti, Keju dan Cokelat Emirates lebihan Dinner Set

Set supper....roti mcm kebab..yg satu lagi kek pisang disirami cokelat manis bangat
Secara keseluruhan, servis yang disediakan mmg world class dgn steward dan stewardess world class...tetapi pilot pak Arabh dia ckp omputih susah nak faham bunyi arab la....Kalu kita naik MAS, selalunya selimut kita tinggalkan jak dan boleh bawak balik...tetapi flight Emirates ni 1 jam sebelum mendarat dia akan bawak palstik besar mcm beg sampah, penumpang dimintak utk campak selimut ke dalam plastik utk dibasuh dan digunakan lagi. Manakala headset pun akan dikutip balik, untuk dipacking balik...Yang berkenaan channel siaran dlm skrin tu, jgn risau drama Melayu, Hollywood , Cina , Korea semua ada...cuma time tu sa xde mood nak tgk movie asyik tgk tayangan flight ni bergerak merentasi laut....excited yang terlebih


Selepas 9 jam sekitar jam 3 pagi waktu Malaysia dan waktu Dubai 10.30 pm , kami mendarat di Dubai International Airport.... untuk transit flight ke Jeddah...disebabkan kesemua team Umrah ni first time sampai Dubai, kami tak tahu hala tuju nak ke mana sbb dlm flight tadi stewardess tu cakap kena tukar terminal.... Member sa, Rozali pun pergi la kaunter Pertanyaan Emirates ni...mmg cantik la kaunter ni...mcm Arsenal pun ada... bila member sa tanya dia leh buat muka bengis dan tak jawab.....sbb dia tak pandai English.....pak arab oo pak Arab...tetiba kami semua disapa dengan cleaner org Filipina suruh kami tanyakan officer Airport berbaju Hijau.... Sekali bila ditanya orang Indonesia ...dia pun menerangkan la kami perlu turun lif, naik tren ke Terminal lagi satu.... Rupa2nya Dubai ni rakyat dia malas keje...semua pekerja Airport dia org asing...seolah2 rasa mcm berada di KLIA....
Kaunter Servis Emirates

Lif dengan air terjun buatan di blkg lif

Pak Arab 3D ...depan blkg screen LCD dia cakap WELCOME to Dubai
Gambar dengan Team Umrah




Tuesday, July 16, 2013

Travellog UMRAH - 3


Tujuan travellog ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan saya ujub dan takbur mengenai umrah saya ini dan agar Allah mengetahui niat sebenar saya iaitu sekadar untuk mengetuk di lubuk hati para pembaca mengenai pengalaman kembara di bumi yg penuh barakah oleh Allah, Mekah dan Madinah....


Masih lagi segar di ingatan tarikh 25 Jun 2013...tarikh berangkat untuk menunaikan umrah...... Dah la hari sebelum tu 24 Jun 2013 sempena Konvo IKBN masih boleh lagi sa keje...sampai kena remind dgn Mak Lang sa suh rehat2 kan diri... kalu macam kita nak pergi bercuti hati kita akan rasa riang semacam...tapi bila cakap pergi Mekah...hati kita akan berdebar dan bermacam perasaan dalam hati...(susah nak terangkan)

Tepat jam 3 petang, my BFF aka abg angkat datang jemput di rumah. Bak kata mak sa sebelum meninggalkan rumah kena diazankan....Time azan tu kita kena mengadap kiblat dan x leh pandang rumah...sa confuse sikit sbb ni amalan orang2 tua...Sa layan jak la... Tapi time azan tu , membuatkan kita terfikir andainya ini kali terakhir aku melihat rumah ini dan meninggalkan dunia ini..mmg sedih dalam hati... Sebelum bertolak kena mandi Sunat Ihram dan Solat Sunat Ihram...

Dalam jam 4 petang, sa dan mak sa sampai di KLIA. Menurut ejen tu kena tunggu di pintu no 6. Sebaik tiba ejen umrah menguruskan semua bagasi yang perlu dicheck in.....X perlu susah2 dia yg uruskan semua. Difahamkan kami seramai 16 org jemaah umrah akan menaiki flight Emirates pada jam 7.30pm dan sampai 10.30 pm di Dubai. dan seterusnya jam 2.00pm -4.00 pm kami akan menaiki flight Emirates ke Jeddah....Untuk pengetahuan semua sa ingatkan 3 jam, bila tanya pramugari dia cakap 10.30pm tu waktu Dubai dan bila di check di hp Samsung WORLD CLOCK.... ia adalah jam 3.30 pagi waktu Malaysia....mak aih lamanya 9 jam perjalanan.....

Tu dia bagasi diuruskan oleh ejen.


Ketika di KLIA walaupun sampai 3 jam lebih awal, dengan dengar taklimat macam x cukup jak masanya...nasib baik kat rumah dah solat Jamak Taqdim Zohor dan Asar...jadi lebih relaks.... Ketika di Airport ada sahabat baik dri ILPKK, Othman tgh tunggu flight ke KK....punya lama x jumpa roommate ni....last kali bulan Feb 2013...kami bergambar kenangan.

Gambar Kenangan dgn En Othman

Dalam jam 5.00pm , pengumumam Boarding pun mula bergema...maka sa dan mak sa kena bergerak ke gate C2 (kalu x silap)..... Mula kena lepas pemeriksaan polis, scan beg, pemeriksaan pasport...pastu kena naik train ke terminal Antarabangsa.... Masa kat tempat menunggu kapal terbang...maka berkumpul la genk2 Arab. Punyalah terserlah sikap dorang yang agak kasar dan kurang berbudi bahasa. Sebagai contoh kalu seat tu ada beg dia....kalu ada orang nak duduk dia x kan letak beg dia ke bawah... Contoh yang lain kalu dia lalu depan orang bukan dia jalan slow2 supaya tak terpijak kaki org..dia main lalu jak...kalu terpijak nasib.... Memamng sa time tu terkejut sangat2 dan bersama jemaah umrah yang lain..Seingat sa sebelum berlepas sa mesej 3 org yg penting dan rapat dgn sa mengenai flight akan berlepas...sapakah org tu cari la?
Dalam mesej tu, ia berbunyi lebih kurang begini la " Sa dah naik flight, pak Arab ni kasar perangai dia, mintak maaf bebanyak kalu ada salah dan silap "

Sebelum masuk ke kapal Airbus 380

View dalam kapal terbang





Monday, July 15, 2013

Travellog UMRAH - 2


Tujuan travellog ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan saya ujub dan takbur mengenai umrah saya ini dan agar Allah mengetahui niat sebenar saya iaitu sekadar untuk mengetuk di lubuk hati para pembaca mengenai pengalaman kembara di bumi yg penuh barakah oleh Allah, Mekah dan Madinah....

Sebelum kita menunaikan UMRAH ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai persediaan. Bukan boleh cakap hari ni nak nak pergi, bayar terus pergi jak sok...Dia bukan seperti pakej kapal terbang AIR ASIA.... Ia melibatkan ejen umrah di Malaysia dan juga Kerajaan Arab Saudi bagi proses pengeluaran visa..Sebab Pak Arab ni control betul berapa org yang masuk negara dia... Berikut adalah beberapa kriteria yang perlu diambil berat sebelum nak menunaikan umrah :

  • EJEN YANG MENGURUSKAN UMRAH - ni merupakan benda yang paling penting, buat sedikit kajian mengenai pakej dan syarikat yang diambil....Silalah ambik syarikat yang dah biasa menguruskan pakej umrah dan dikenali oleh orang ramai. Jangan ambil pakej umrah yang ditawarkan oleh orang perseorangan kerana apa2 berlaku agak sukar untuk dihubungi oranh terbabit. Perkara ni pernah saya saksikan jiran di kawasan kejiranan, penerbangan umrah yang dijanjikan terpaksa dibatalkan sebab nama tiada dalam senarai flight itu. Bagai nak rak jiran sa cari orang syarikat umrah tu... Play safe baik ambik syarikat yang betul2 dah established. Sekiranya ada membawa orang tua, tanyalah dengan ejen tu arak hotel dan Masjidil Haram dan Madinah...sebab tau la kita jarak jauhnya hotel dengan tempat suci itu......Kalu di KL ni dua syarikat yag terkenal ialah SYAZA Travel dan Andalusia...
  • MAHRAM - Mahram ni ialah perempuan yang menunaikan umrah ni ada lelaki yang mengirinya seperti ayah, abang, adik dan suami. Mana wanita yang berusia bawah 50 tahun wajib ada lelaki yang mengirinya. sebab Arab Saudi mmg kontrol bab ni takut apa2 hal terjadi kat wanita nanti.. Pada ibu2 yang umur lebih 50 tahun leh pergi solo2 jak..... Lelaki x kisah leh pergi solo2.
  • PASPORT ANTRABANGSA - Pasport Antarabangsa ni boleh dibuat di Jabatan Imigresen dalam 2 jam jak dah siap. Ni lah dokumen yang diperlukan apaila memohon VISA nanti
Passport Malaysia...

  • VISA - Visa ialah satu dokumen kebenaran dari Kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan jemaah menunaikan umrah. Sekiranya tidak dapat VISA mmg x leh masuk sbb tu selalu keluar TV jemaah terkandas sebab tak dapat VISA. Proses kelulusan VISA ni adalah 6 bulan. Dokumen yang diperlukan untuk memohon VISA ialah Pasport, gambar background putih ( kedai gambar tau tu ) dan Buku Suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135
Nilah rupanya VISA dari Arab Saudi - kebenaran masuk negara dorang

  • BUKU SUNTIKAN MENINGGOCOCAL MENINGITIS ACYW 135- Suntikan ni adalah perlindugan untuk jemaah dari sebarang wabak penyakit ketika menunaikan umrah. Boleh didapati di Klinik Kerajaan dan Swasta. Kalu di Klinik Kerajaan dalam RM 50 tapi kalu di Klinik Swasta harga suntikan ni R 138- RM 150. Suntikan ni akan diberi satu Buku dan boelh diguna selama 5 tahun.
Adoi baiknya muka mamat tu...... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...