Pages

Tuesday, July 16, 2013

Travellog UMRAH - 3


Tujuan travellog ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan saya ujub dan takbur mengenai umrah saya ini dan agar Allah mengetahui niat sebenar saya iaitu sekadar untuk mengetuk di lubuk hati para pembaca mengenai pengalaman kembara di bumi yg penuh barakah oleh Allah, Mekah dan Madinah....


Masih lagi segar di ingatan tarikh 25 Jun 2013...tarikh berangkat untuk menunaikan umrah...... Dah la hari sebelum tu 24 Jun 2013 sempena Konvo IKBN masih boleh lagi sa keje...sampai kena remind dgn Mak Lang sa suh rehat2 kan diri... kalu macam kita nak pergi bercuti hati kita akan rasa riang semacam...tapi bila cakap pergi Mekah...hati kita akan berdebar dan bermacam perasaan dalam hati...(susah nak terangkan)

Tepat jam 3 petang, my BFF aka abg angkat datang jemput di rumah. Bak kata mak sa sebelum meninggalkan rumah kena diazankan....Time azan tu kita kena mengadap kiblat dan x leh pandang rumah...sa confuse sikit sbb ni amalan orang2 tua...Sa layan jak la... Tapi time azan tu , membuatkan kita terfikir andainya ini kali terakhir aku melihat rumah ini dan meninggalkan dunia ini..mmg sedih dalam hati... Sebelum bertolak kena mandi Sunat Ihram dan Solat Sunat Ihram...

Dalam jam 4 petang, sa dan mak sa sampai di KLIA. Menurut ejen tu kena tunggu di pintu no 6. Sebaik tiba ejen umrah menguruskan semua bagasi yang perlu dicheck in.....X perlu susah2 dia yg uruskan semua. Difahamkan kami seramai 16 org jemaah umrah akan menaiki flight Emirates pada jam 7.30pm dan sampai 10.30 pm di Dubai. dan seterusnya jam 2.00pm -4.00 pm kami akan menaiki flight Emirates ke Jeddah....Untuk pengetahuan semua sa ingatkan 3 jam, bila tanya pramugari dia cakap 10.30pm tu waktu Dubai dan bila di check di hp Samsung WORLD CLOCK.... ia adalah jam 3.30 pagi waktu Malaysia....mak aih lamanya 9 jam perjalanan.....

Tu dia bagasi diuruskan oleh ejen.


Ketika di KLIA walaupun sampai 3 jam lebih awal, dengan dengar taklimat macam x cukup jak masanya...nasib baik kat rumah dah solat Jamak Taqdim Zohor dan Asar...jadi lebih relaks.... Ketika di Airport ada sahabat baik dri ILPKK, Othman tgh tunggu flight ke KK....punya lama x jumpa roommate ni....last kali bulan Feb 2013...kami bergambar kenangan.

Gambar Kenangan dgn En Othman

Dalam jam 5.00pm , pengumumam Boarding pun mula bergema...maka sa dan mak sa kena bergerak ke gate C2 (kalu x silap)..... Mula kena lepas pemeriksaan polis, scan beg, pemeriksaan pasport...pastu kena naik train ke terminal Antarabangsa.... Masa kat tempat menunggu kapal terbang...maka berkumpul la genk2 Arab. Punyalah terserlah sikap dorang yang agak kasar dan kurang berbudi bahasa. Sebagai contoh kalu seat tu ada beg dia....kalu ada orang nak duduk dia x kan letak beg dia ke bawah... Contoh yang lain kalu dia lalu depan orang bukan dia jalan slow2 supaya tak terpijak kaki org..dia main lalu jak...kalu terpijak nasib.... Memamng sa time tu terkejut sangat2 dan bersama jemaah umrah yang lain..Seingat sa sebelum berlepas sa mesej 3 org yg penting dan rapat dgn sa mengenai flight akan berlepas...sapakah org tu cari la?
Dalam mesej tu, ia berbunyi lebih kurang begini la " Sa dah naik flight, pak Arab ni kasar perangai dia, mintak maaf bebanyak kalu ada salah dan silap "

Sebelum masuk ke kapal Airbus 380

View dalam kapal terbang





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...