Pages

Saturday, July 13, 2013

Travellog UMRAH - 1


Tujuan travellog ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan saya ujub dan takbur mengenai umrah saya ini dan agar Allah mengetahui niat sebenar saya iaitu sekadar untuk mengetuk di lubuk hati para pembaca mengenai pengalaman kembara di bumi yg penuh barakah oleh Allah, Mekah dan Madinah....

UMRAH / HAJI..... adalah satu perkataan yg cukup besar bila disebut dan dibincangkan....selalunya yg berminat utk berbincang perkara ini adalah org tua atau datuk dan nenek...... selalunya ayat org muda ialah ...."kalu aku pergi sekarang aku masih banyak dosa takut eh takut kena balas dgn Allah kat sana nanti"
...."masih muda lagi perlu enjoy dulu dan merasa puas nikmat dunia, biarlah pakcik tu pergi sbb dia kan dah tua tu "

Kalu dilihat semua org dalam dunia ni mampu utk sampai ke sana......ni termasuklah golongan yg kaya raya.... tapi menurut kata Ustaz Mutawwif ( Ustaz Faisol )masa umrah hari tu," sebenarnya kita sebagai tetamu Allah yg dijemput utk menunaikan umrah ni sebenarnya pintu hati tuan/puan telah diketuk oleh Allah swt utk dtg ke sini.... sebab tu org yg kaya raya , gaji besar berkereta besa kalu x dpt jemputan Allah ni mereka tak akan dtg "

Berbalik kepada ayat yg Ustaz tu cakap, secara jujurnya saya dah memendam perasaan semnejak dr kecil lagi bila Atok dan Nenek pergi haji sebnayak 2 kali selalu bercerita pasal Mekah dan kehebatanya...dan antra cucu2nya yang lain pastinya aku akan dapat suvenier atau ole2 yg special......sepupu aku dpt gelang jak...aku siap dpt kamera yg ada gbr Mekah...( tu citer zaman kanak2 ).... time2 mula2 keje lepas habis belajar, keje sbg Engineer di Hicom Diecasting Sdn Bhd..mmg dah target sebelum aku bercuti  di luar negara guna duit sendiri....tempat yg patut sampai dulu ialah MEKAH .... Syukur dengan izin Allah selepas 7 thn keje ada sedikit rezeki lebih...lantas impian dan cita2 untuk ke MEKAH dapat dilaksanakan dengan org tersayang iaitu ibuku...bahasa nogori sembilan omak se....

Secara jujurnya , melalui bebrapa pembacaan dan perkongsian pengalaman dgn org yg dah pernah sampai sana, sebaik sahaja kita mendaftarkan diri akan wujud pelbagai cubaan dan dugaan akan menguji kita. Pertama sekali kita perlu melengkapkan dengan ilmu pengetahuan mengenai ibadah umrah, kedua kita kena mantapkan ibadah kita dan yg paling penting solat taubat dan terakhir dugaan2 yang akan dihadapi dalam perjalanan ke sana.....

Antara dugaan yang paling hebat dialamai..masih ingat lagi 30 hari sbeelum penerbangan umrah 25 Jun 2013...... Peristiwa 1- hampir hampir kemalangan dgn lori masa pergi keje, mata terlelap tetapi sebaik terlelap jak mcm ada suara berbisik di telinga suruh buka mata....... sungguh saya kagum dengan kejadia itu di mana telah dilindungi oleh Allah dr terlibat dlm kemalangan...maknanya saya x kan ada lagi di dunia ni .....
Peristiwa 2 - perjalanan balik dari negeri sebelah selatan setelah menghantar org kuat yg membantu kenduri umrah( nama dirahsiakan )... sekitar jam 10.15 mlm rasanya time tu....balik ikut jalan HIWAY dan exit di Seremban ikut jalan lama Labu - Nilai -Putrajaya - PJ.... sepanjang perjalanan tu , sa beristigfar panjang sebab bila jak lampu keta suluh ke depan, pandang atas pokok...nampak macam2 makhluk yg alam halus....sa buat x layan jak sebab peristiwa Kundasang lebih krg sama.....

~sambungan next part citer BERTOLAK di KLIA ~

Dalam ihram first time pakai pakaian ni di King Abdul Aziz International Airport, Arab Saudi


1 comment:

  1. Seronok baca trravellog umrah awak.. Saya dan keluarga juga akan menunaikan umarah pada feb tahun depan..

    Sedikit sebanyak dapat juga sedikit gambaran dan flow semasa dalam perjalanan kesana nanti.. Tapi macam tergantung lak ceritanya selepas travellog 4.. Ada lagi tak sambungannya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...