Tujuan travellog ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan saya ujub dan takbur mengenai umrah saya ini dan agar Allah mengetahui niat sebenar saya iaitu sekadar untuk mengetuk di lubuk hati para pembaca mengenai pengalaman kembara di bumi yg penuh barakah oleh Allah, Mekah dan Madinah....
Sebelum kita menunaikan UMRAH ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai persediaan. Bukan boleh cakap hari ni nak nak pergi, bayar terus pergi jak sok...Dia bukan seperti pakej kapal terbang AIR ASIA.... Ia melibatkan ejen umrah di Malaysia dan juga Kerajaan Arab Saudi bagi proses pengeluaran visa..Sebab Pak Arab ni control betul berapa org yang masuk negara dia... Berikut adalah beberapa kriteria yang perlu diambil berat sebelum nak menunaikan umrah :
- EJEN YANG MENGURUSKAN UMRAH - ni merupakan benda yang paling penting, buat sedikit kajian mengenai pakej dan syarikat yang diambil....Silalah ambik syarikat yang dah biasa menguruskan pakej umrah dan dikenali oleh orang ramai. Jangan ambil pakej umrah yang ditawarkan oleh orang perseorangan kerana apa2 berlaku agak sukar untuk dihubungi oranh terbabit. Perkara ni pernah saya saksikan jiran di kawasan kejiranan, penerbangan umrah yang dijanjikan terpaksa dibatalkan sebab nama tiada dalam senarai flight itu. Bagai nak rak jiran sa cari orang syarikat umrah tu... Play safe baik ambik syarikat yang betul2 dah established. Sekiranya ada membawa orang tua, tanyalah dengan ejen tu arak hotel dan Masjidil Haram dan Madinah...sebab tau la kita jarak jauhnya hotel dengan tempat suci itu......Kalu di KL ni dua syarikat yag terkenal ialah SYAZA Travel dan Andalusia...
- MAHRAM - Mahram ni ialah perempuan yang menunaikan umrah ni ada lelaki yang mengirinya seperti ayah, abang, adik dan suami. Mana wanita yang berusia bawah 50 tahun wajib ada lelaki yang mengirinya. sebab Arab Saudi mmg kontrol bab ni takut apa2 hal terjadi kat wanita nanti.. Pada ibu2 yang umur lebih 50 tahun leh pergi solo2 jak..... Lelaki x kisah leh pergi solo2.
- PASPORT ANTRABANGSA - Pasport Antarabangsa ni boleh dibuat di Jabatan Imigresen dalam 2 jam jak dah siap. Ni lah dokumen yang diperlukan apaila memohon VISA nanti
 |
| Passport Malaysia... |
- VISA - Visa ialah satu dokumen kebenaran dari Kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan jemaah menunaikan umrah. Sekiranya tidak dapat VISA mmg x leh masuk sbb tu selalu keluar TV jemaah terkandas sebab tak dapat VISA. Proses kelulusan VISA ni adalah 6 bulan. Dokumen yang diperlukan untuk memohon VISA ialah Pasport, gambar background putih ( kedai gambar tau tu ) dan Buku Suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135
 |
| Nilah rupanya VISA dari Arab Saudi - kebenaran masuk negara dorang |
- BUKU SUNTIKAN MENINGGOCOCAL MENINGITIS ACYW 135- Suntikan ni adalah perlindugan untuk jemaah dari sebarang wabak penyakit ketika menunaikan umrah. Boleh didapati di Klinik Kerajaan dan Swasta. Kalu di Klinik Kerajaan dalam RM 50 tapi kalu di Klinik Swasta harga suntikan ni R 138- RM 150. Suntikan ni akan diberi satu Buku dan boelh diguna selama 5 tahun.
 |
| Adoi baiknya muka mamat tu...... :P |
No comments:
Post a Comment