Malam Raya Aidiladha 2012 kali ni...terkorban di aiport pengalaman yang kurasakan dahsyat sepanjang aku keje kat Sabah ni dalam menggunakan flight. Nak dijadikan citer aku pulang ke KL pada jam 7.30 petang....walaupun sebenarnya tiket yang aku beli 6.50pm tapi kena reschedule ke 7.30pm.... OK FINE....Syarikat penerbangan yang aku naik kali ni ialah AA ( UDARA ASIA).... Kawan aku Mr T ( bukan nama sebenar ) ...dia first time menggunakn AA untuk pulang ke JB untuk berjumpa isterinya.. Punyalah excited member dapat pulang beraya sakan dengan orang rumah.
Cerita diri aku....... Cerita diri kamu...... Cerita dunia aku...... Cerita dunia kita
Friday, October 26, 2012
Thursday, October 25, 2012
INFORMATIC KINABALU
Semasa Konvokesyen yang baru lepas hari tu....ada soalan yang diajukan oleh salah sorang student ketika bila dia terlihat Bilik Urusetia ILP Labuan membawa majalah mereka yang bertajuk CEITA - ( edisi Gemilang )
"Kenapa cea ILPKK tak der majalahnya ", soal student tu....Saya hanya membalas dengan senyuman jak time tu...dgn kesibukan mengurus graduan dan bahagian jubah....seperti yang pernah diciterkan pada entry yang lepas....yang bertajuk CREW ***** (The Beginning History ) selepas penubuhan majalah Informatic Kinabalu terdapat pelbagai halangan dan dugaan di mana ada org yang memanas dengan hasil usaha yang dilakukan oleh pelajar..
Tuesday, October 23, 2012
Kundsang Trip (Part 3)
Dalam jam 1.30 tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke DESA CATTLE ( tempat lembu di Kundasang yang viewnya macam di luar negara ) Perjalanan menurunu bukit dari Pekan Kundasang dengan time tu ramai orang di Pekan Kundasang sempena Pesta Kubis. Rasanya enjin kereta tu dah full blast ke tahap maksimum dengan brek yang dah terbau hangit....Jadi anda semua boleh la bayangkan mcm mana tingginya bukit nak sampai ke sana.. Semua tu kami serah dan tawakkal pada Allah swt utk melindungi kami dari sebarang kecelakaan.
Monday, October 22, 2012
Kundasang Trip (Part 2)
Seterusnya kami bergerak ke Kinabalu Park....time kami sampai banyak kereta di Parking di bawah Kinabalu Park..Lihat punya lihat rupanya Pak Jib akan turun ke sini untuk merasmikan Pesta Kubis dan Climbathon. Jadi kami terpaksa la berjalan kaki sejauh 4.5 km untuk melihat Timpohon Gate ( tempat laluan pertama untuk ke Gunung Kinabalu ). Boleh tahan jugak jauhnya sepanjang 4.5 km dan 2 jam dengan jalan bukit yang semakin tinggi...tetapi kabusnya Subhanallah sungguh sejuk..Hampir melitupi jalan di sana dan kawan yang didepan pun tidak kelihatan dengan jelas. SEJUK GILER.....
Perjalanan mendaki itu memang menguji minda dan ketahanan diri...Di dalam hati terdetik kalu permulaan nak pergi tengok Timpohon Gate dah pun mecara ....apa la lagi mau naik Gunung Kinabalu.Pemandangan hutan yang tebal , bunga hutan memang sungguh menakjubkan bagi kami. Pengalaman meminum air mata air Gunung bagi membasahkan tekak yang kehausan memang tak boleh dilupakan. Standard air tu sama sejuknya macam air water cooler tapi lebih gile sejuknya dan menyegarkan. Kuasa Allah swt.
Sebaik sampai di Timpohon Gate, kelihatan ramai pendaki yang baru habis menamatkan sesi mendaki.
Kami berehat sebentar di Timpohon Gate dan ada macam tempat rehat di sana untuk kami lepak2 menikmati jajan ( keropok2 ). Terdapat sekumpulan macam tupai yang aktif untuk meminta makanan..sungguh aktif dan cepat bergerak....( lain sikit tupai ni dengan tupai yang biasa kita lihat )
Wednesday, October 17, 2012
BERTEMU ILLAHI
Seperti yang pernah diciterkan pada entry yang lepas ada 2 rintangan dan cabaran yang hebat dalam hidupku . Inilah penyebab dan kisahnya
Hari ni , genap setahun arwah abah ( panggilan untuk ayah bagi orang negeri Sembilan ) pergi bertemu Illahi.
Pemergiannya yang cukup mengejut pada tahun lepas, 2011. Arwah abah macam dimudahkan urusannya di saat sakaratul maut. Arwah abah hanya demam yang teruk selama 2 hari dan sejam sebelum arwah meninggal dunia masih sempat lagi berborak.
Masih terngiang di ingatan, 2 minggu sebelum arwah meninggal beliau asyik memesan agar ku dipindahkan balik ke Selangor untuk menjaga mak. Aku hanya senyum ketika itu tanpa memahami maksud yang tersirat di sebaliknya. Seperti pada masa itu aku membeli tiket flight last minit untuk melihat perkahwinan kawan tempat keje lama di Setiawangsa dan itu jugak merupakan peluang terakhir kali aku meluhat arwah abah.
Dan kisah ini, semacam coretan yang berulang pada tahun 2010...di mana di masa kepulangan aku di kampung arwah Nenek semacam pelik memesan suruh beli periuk baru, ubat Sakit Urat sebanyak RM 50 Walaupun ketika itu aku cuti 2 hari , terpaksa jugak la aku menaiki WIRA dari Selangor balik ke Negeri Sembilan untuk berjumpa nenek. Semasa berjumpanya, dia bertanya pada aku bilakah raya pada tahun 2010... Aku jawab lagi 4 bulan.. dan arwah nenek kata pada aku seperti begini. Orang negeri sembilan panggil nenek adalah Wan
" Raso macam lamo bonar wan raso ekau duk Sabah, macam lamo bebonar 5 tahun eh rasonya.....ekau copek balik dapek jumpa wan lagi "
Translation : Rasa macam lama benar Wan rasa kau duk Sabah, macam lama benar 5 tahun rasanya, kau cepat balik dapat jumpa Wan lagi"
Seperti biasa aku tersenyum jak ketika itu. 2 tahun berturut2 aku kehilangan orang-orang yang aku sayang.
Itulah antara penyebab mengapa aku mahu pulang....( Sebak la plak time tulis entry ni )
Di subuh yang hening ni, aku sedekahkan Al-Fatehah untuk mereka yang aku sayang ni, semoga dicucuri rahmat di sana. Pasti kita akan berjumpa lagi di dunia sana
Pesan pada pembacam SILA SAYANGI IBU BAPA ANDA SEMASA HAYATNYA...
Tuesday, October 16, 2012
Kundasang Trip (Part 1 )
Baru-baru ni aku dan 3 org pelajar pergi bercuti di Kundasang. Istilahnya bercuti tapi tak der la tidur di hotel cuma balik hari sahaja....Maknanya pusing2 di Kundasang dan Ranau sehari suntuk la... Sebuah kereta VIVA (A) berwarna putih telah disewa untuk melancarkan perjalanan kami ke sana,
Ketiga-tiga pelajar yang terdiri daripada bekas pelajar institut kemahiran ini, seorang lagi pelajar sem akhir dan yang terakhir tu adalah pelajar junior. Pelajar junior ini mengalami sakit saraf tunjang di mana dia pernah jatuh dari pokok pada bulan Feb lepas...jadi dia mmg tak berapa tahan sejuk....
Perjalanan pagi itu dimulakan dengan berkumpul di kuarters dan disulami dengan sarapan bertaraf cafe di KK.... Santapan cucur ikan bilis dengan potongan bawang Bombay dan dicicah dengan sos Cili Maggi.
Kami memulakan perjalanan dari tempat aku keje ni pada jam 7.45 pagi. Perjalanan untuk ke Kundasang seperti biasa agak mencabar. Jalan bukit yang terpaksa di naiki menyebabkan terpkasa menggunakan gear rendah. Sebab tu la keta sewa yang aku pilih Auto, tak perlu fikir panjang. Kereta akan susah untuk naik gear sekiranya kenderaan di depan seperti lori atau kontena yang besar di depan bergerak perlahan. Sebab agak bahaya untuk memotong di jalan yang selorong ni.
Dalam jam 9, kami selamat sampai di Pekan Nabalu....sungguh sajuk keadaaan ketika itu dan masih belum ramai orang di Pekan Nabalu. Ada peniaga yang baru memotong buah-buahan yang segar untuk dijual...tapi sayangnya sb baru bekpes tak de la dibeli buah-buahan tersebut.
Kami menaiki Menara yang terdapat di Pekan Nabalu untuk merakamkan gambar kenangan dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu....Boleh tahan jugak tinggi menara tu......semakin tinggi...semakin menegak tangganya..... Kami akhiri persinggahan di Pekan Nabalu dengan ada yang membeli barang souvenier (kenang2an ) untuk diri sendiri..
Sunday, October 14, 2012
AYAT RUQYAH
Apabila kita terkena atau diganggu makhluk halus, silalah pasang ayat Ruqyah utk menguragkan kesan diganggu oleh makhluk tersebut.......Bagus disimpan dalam hp dan berguna ketika emergency....
Sila rujuk blog ini...
http://ohislam.com/muat-turun-ayat-ayat-ruqyah/
Sila rujuk blog ini...
http://ohislam.com/muat-turun-ayat-ayat-ruqyah/
Friday, October 12, 2012
CREW ***** ( The Beginning History )
Sejarah CREW ini bermula pada Feb 2011 dengan majoriti penglibatan pelajar Teknologi Rekabentuk Produk Industri sem 2. Kenapa mereka dipilih? sebab ada banyak ciri2 yang dikehendaki dalam penubuhan CREW ada dalam diri dorang. Faktor pemilihan seseorang CREW dilakukan dengan penuh teliti berdasarkan pemerhatian, komen pengajar di kelas dan juga disiplin serta komitmen mereka. Pelajar yang banyak cakap dan tidak pandai membuat kerja tidak akan dipilih. Even kebanyakan yang dipilih menjadi CREW ini adalah student yang orang anggap biasa2 jak....dan bukannya budak MPP ( Majlis Perwakilan Pelajar )
Masih teringat kata kawan seangkatan semasa CREW berjaya melancarkan Majalah Informatik Kinabalu yang pertama kali dan dilancarkan Grand Borneo....kawan seangkatan ni mmg rapat dgn aku....dan di Sabah kami akan panggil 'pok'....
"Pok, tak kusangka budak yang ko pilih ni nampak besa2 jak tapi hasil yang ditunjukkan
dorang dalam menjayakan Majalah ini amat mengkagumkam....budak2 ni bukan budak
yang selalu menonjol di bengkel"
Bagi menghasilkan Majalah ini seminggu sekali diadakan perjumpaan untuk membincangkan status dan progress Majalah ini. Tapi tempat kami berdiskusi adalah di Dewan Makan pada jam 8.30 pm tetapi pada masa itu pengusaha Dewan Makan yang kami panggil 'Auntie' ni mmg sporting. Auntie adalah saudara baru Islam, berasal dari Tawau ...dia akan sponsor kami minum milo panas setiap kali ada perbincangan dan kuih2 yang ada akan diberikan pada kami..... Such a good person that I have been met.
Walaupun pelajar yang terbabit ni masih lagi sem 2....tetapi dorang terpaksa meneroka sendiri ke tahap Advance Photoshop dan selalu kena marah dan kena tegur untuk dpt kualiti yang terbaik. Bagi mendapatkan cover depan ni sebanyahampir 20 kali pembentangan design kena reject....dan juga mereka diajar kerja berdasarkan schedulu......sbb benda ni kalau di private company ...mmg perlu......x boleh kerja syok sendiri.... but they managed it..
Masih segar dalam ingatan, malam selepas Pesta Kaamatan tahun 2011, semua CREW yang terlibat telah stayback dr jam 8 pm samapi jam 8 am keesokannya untuk menyiapkan Majalah ini bagi dirasmikan di Hotel Grand Borneo.... They have been push to the maximum limit...... salah sorang CREW tu merupakan pemenang Unduk Kumang.....siang bernake up tapi malam mata panda untuk setelkan kerja ni....tapi yang mengkagumkan semangat mereka sungguh hebat dalam menyiapkan porses akhir Majalah ni....
Di next entry saya, akan citerkan halangan , gosip selepas pelanacaran Majalah ni....
![]() |
| Majalah Informatik Kinabalu 1st Edition - majalah yang mengumpulkan gambar2 pelajar dan aktiviti ILPKK |
Thursday, October 11, 2012
CREW *****
CREW ***** mula aku tubuhkan pada tahun 2010. Konsepnya adalah sekumpulan pelajar yang menjadi tulang kuat dalam menjayakan sesuatu program yang diadakan dan standard kualiti kerja yang dilakukan hampir menyerupai kerja staf.
Idea penubuhan ini tercetus daripada CREW ILP Miri semasa Majlis Konvokesyen 2009 di sana. Sekumpulan pelajar memakai baju yang bertulis CREW dan membantu dalam pelaksanaan konvo. Agak mengkagumkan kumpulan CREW terbabit berjaya menguruskan dari hal yang sekecil-kecilnya dan membantu di dalam Videografi. Konsep kejayaan CREW terbabit telah ku bawa idea yang bernas dan inovatif ni ke Institutt aku yang terletak di Sabah ini.
Batch pertama CREW ***** sesi 2/2011
Batch kedua CREW ***** sesi 1/2012
Batch ketiga CREW ***** sesi 2/2012
Wednesday, October 10, 2012
PUTARAN MASA
Putaran masa zaman ini, rasanya memang cepat berlalu. Tanpa disedari seminggu sekejap jak sampai ke penghujungnya. Jika dibandingkan pada zaman 90-an dahulu....kalu hari Isnin tu nak tunggu Jumaat tu punyalah lambat masa zaman tu....
Mungkin peredaran masa yang cepat sekarang ni merupakan petanda2 akhir zaman. Dunia sudah semakin tua?
Berbalik kepada cerita aku.....aku mula posting ke Institut yg mengajar kemahiran ni pada tahun 2009.....dan tanpa disedari sudah hampir 3 tahun lebih aku bekerja di sini....walaupun pelbagai ragam manusia yang kutemui di sini, di depan baik tapi di belakang tikam kita, yang suka memcari titik pergaduhan dan semua la....
Memang banyak cabaran dan rintangan yang berlaku pada diri ini bermula pada tahun 2010....dan yang paling besar dan membawa perubahan yang drastik dan separuh jiwaku hilang pada tahun 2011... Pada next entry akan ku cita kan....
Tuesday, October 9, 2012
IKATAN DAN SENTUHAN KEKELUARGAAN
Dari hari pertama aku bekerja dgn jabatan kerajaan ni, aku telah setkan dalam minda untuk membantu mana2 yang termampu dan dapat menyumbang ke arah kebaikan dalam memperbaiki mutu hidup.... aku pun tak tau mengapa aku terfikir begitu di dalam minda ni... mungkin dah dikurniakan oleh Allah untuk aku membantu orang dalam cara yang begini..... sebab aku selalu memikirkan pangkat yang disandang bukanlah untuk dibangga tapi satu amanah berat yang perlu dipikul.....
Memang niat hari pertama untuk mendapatkan peajar yang akrab mcm adik beradik tetapi masih boleh ditegur dan dinasihati sebagai pelajar.
Semester demi semester mmg dapat disedari la.....mmg ada kumpulan pelajar yg senag dibentuk dan dinasihati..... Aku jugak tubuhkan CREW ***** untuk para pelajar ni mengembangkan potensi diri dan keyakinan....cerita CREW ni aku citer di next entry la..... apa halangan dan cabaran yang paling sukar untuk dihadapi...
Tetapi semalam aku mmg tersentuh dgn sorang pelajar perempuan ni siap menangis, salam dan cium tangan aku...." Cea, sa rindu dgn cea lama sudah tidak jumpa cea",,,..
Butir dirinya.. bangsa Kadazan, dan hampir menangis dalam opis sbb tidak serius dalam memikirkan masa depannya.....
Such a wonderful experience
Monday, October 8, 2012
1/3 MALAM
Ramai org mengatakan 1/3 Malam adalah bagus untuk berbuat Solat Hajat, Solat Taubat. Untuk bangun dengan sendirinya pada time begini memang sukar...sbb time tg paling bagus utk tido..
Semenjak 2 menjak ni, aku pun x faham dgn diri aku, automatik aku akan terbangun dalam jam 2 pagi atau 3 pagi.....hendak dipendekkan cerita 2 jam sebelu Subuh....
Masa aku bangun tu, mesti dalam fikiran aku bersyukur kerana masih berkesempatan utk menikmati hidup ni.....Adakah ini petanda atau petunjuk dari Allah swt kepada aku........
Semalam Movie Salam Cinta yang aku tgk sblum tido.pelakonnya Kamal Adli berubah dan ayat lakonannya
"Aku sudah puas enjoy dan kufur dan aku telah temui jalan aku yg sebenar. Aku telah temua Tuhanku..."
Ya Allah berilah aku petunjuk untuk berubah
Sunday, October 7, 2012
BLOG MENYERUKU SEMULA
Dah lama aku tak update blog ni......
tapi semenjak 2 menjak ni .....
macam ada perasaan untuk merekodkan smeua kenangan terindah di KK ni ke dalam blog
terlalu banyak kenangan aku di sini dan salah satu institut kemahiran di sini dengan pelajar2nya....
Banyak design template aku dah tukar ...mula2 nak wat template yang gempak tapi macam susah la
plak nak edit HTML....
Jadi aku mabil jak template yang dah sedia ada just edit sikit ...
I WILL ACTIVE AS BLOGGER NOW
tapi semenjak 2 menjak ni .....
macam ada perasaan untuk merekodkan smeua kenangan terindah di KK ni ke dalam blog
terlalu banyak kenangan aku di sini dan salah satu institut kemahiran di sini dengan pelajar2nya....
Banyak design template aku dah tukar ...mula2 nak wat template yang gempak tapi macam susah la
plak nak edit HTML....
Jadi aku mabil jak template yang dah sedia ada just edit sikit ...
I WILL ACTIVE AS BLOGGER NOW
Subscribe to:
Comments (Atom)








