Sejarah CREW ini bermula pada Feb 2011 dengan majoriti penglibatan pelajar Teknologi Rekabentuk Produk Industri sem 2. Kenapa mereka dipilih? sebab ada banyak ciri2 yang dikehendaki dalam penubuhan CREW ada dalam diri dorang. Faktor pemilihan seseorang CREW dilakukan dengan penuh teliti berdasarkan pemerhatian, komen pengajar di kelas dan juga disiplin serta komitmen mereka. Pelajar yang banyak cakap dan tidak pandai membuat kerja tidak akan dipilih. Even kebanyakan yang dipilih menjadi CREW ini adalah student yang orang anggap biasa2 jak....dan bukannya budak MPP ( Majlis Perwakilan Pelajar )
Masih teringat kata kawan seangkatan semasa CREW berjaya melancarkan Majalah Informatik Kinabalu yang pertama kali dan dilancarkan Grand Borneo....kawan seangkatan ni mmg rapat dgn aku....dan di Sabah kami akan panggil 'pok'....
"Pok, tak kusangka budak yang ko pilih ni nampak besa2 jak tapi hasil yang ditunjukkan
dorang dalam menjayakan Majalah ini amat mengkagumkam....budak2 ni bukan budak
yang selalu menonjol di bengkel"
Bagi menghasilkan Majalah ini seminggu sekali diadakan perjumpaan untuk membincangkan status dan progress Majalah ini. Tapi tempat kami berdiskusi adalah di Dewan Makan pada jam 8.30 pm tetapi pada masa itu pengusaha Dewan Makan yang kami panggil 'Auntie' ni mmg sporting. Auntie adalah saudara baru Islam, berasal dari Tawau ...dia akan sponsor kami minum milo panas setiap kali ada perbincangan dan kuih2 yang ada akan diberikan pada kami..... Such a good person that I have been met.
Walaupun pelajar yang terbabit ni masih lagi sem 2....tetapi dorang terpaksa meneroka sendiri ke tahap Advance Photoshop dan selalu kena marah dan kena tegur untuk dpt kualiti yang terbaik. Bagi mendapatkan cover depan ni sebanyahampir 20 kali pembentangan design kena reject....dan juga mereka diajar kerja berdasarkan schedulu......sbb benda ni kalau di private company ...mmg perlu......x boleh kerja syok sendiri.... but they managed it..
Masih segar dalam ingatan, malam selepas Pesta Kaamatan tahun 2011, semua CREW yang terlibat telah stayback dr jam 8 pm samapi jam 8 am keesokannya untuk menyiapkan Majalah ini bagi dirasmikan di Hotel Grand Borneo.... They have been push to the maximum limit...... salah sorang CREW tu merupakan pemenang Unduk Kumang.....siang bernake up tapi malam mata panda untuk setelkan kerja ni....tapi yang mengkagumkan semangat mereka sungguh hebat dalam menyiapkan porses akhir Majalah ni....
Di next entry saya, akan citerkan halangan , gosip selepas pelanacaran Majalah ni....
![]() |
| Majalah Informatik Kinabalu 1st Edition - majalah yang mengumpulkan gambar2 pelajar dan aktiviti ILPKK |

No comments:
Post a Comment