Pages

Tuesday, October 23, 2012

Kundsang Trip (Part 3)


Dalam jam 1.30 tengah hari, kami meneruskan perjalanan ke DESA CATTLE ( tempat lembu di Kundasang yang viewnya macam di luar negara ) Perjalanan menurunu bukit dari Pekan Kundasang dengan time tu ramai orang di Pekan Kundasang sempena Pesta Kubis. Rasanya enjin kereta tu dah full blast ke tahap maksimum dengan brek yang dah terbau hangit....Jadi anda semua boleh la bayangkan mcm mana tingginya bukit nak sampai ke sana.. Semua tu kami serah dan tawakkal pada Allah swt utk melindungi kami dari sebarang kecelakaan.


Bau lembu dan tahi lembu yang mencucuk hidung menyambut kedatangan kami di DESA CATTLE. Cukup ramai pengunjung semasa itu. Kami masuk melihat mcm mana proses susu lembu. Pandai plak lembu ni beratur ikut barisan untuk tunggu turn susu dorang dipasang alat perahan. Tapi satu jer yang spoil..memang dah namanya lembu kan. Masa beratur pun boleh melepas....Siut tul..kena member dia yang beratur di belakang...dan ada ada juga yang terkucil ( terkencing ) ..macam air paip la pulak dia terkucil..Kelihatan di luar padang ramai la orang pergi ambil gambar dengan berbaring di padang rumput tu..Punya la buang tabiat orang-orang ni...Miang itu rumput..Memang menakjubkan la pemandangan di sini iaitu kabus, sajuk, rumput hijau, dan gunung gunung yang melatari.

Kami akhiri perjalanan petang itu dengan solat Jamak Taakhir di Masjid Ranau sbb dah jam 4.30 petang ketika itu. Cuma kami tidak sempat pergi Poring kerana faktor masa. Ikut rancangan asal. Kami berhenti rehat di Kundasang sebelum balik ke KK.....

~Such The Best Ever Holiday ~ tapi ada satu Misteri yang pelik tapi benar berlaku....next entry i'll story to u


Desa Cattle pintu masuk utama

Macam Lembu New Zealand pulak bau Tuhan jak yg tau...

Berbaris diumpan dedak dan susu diperah

Berbaris lembu-lembu ni tunggu turn

Gelagat manusia pelik bergambar golek2 guling2 atas rumput

Amacam.....

Amacam lagi.....mcm anak toke lembu kan...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...