Pages

Tuesday, October 16, 2012

Kundasang Trip (Part 1 )


Baru-baru ni aku dan 3 org pelajar pergi bercuti di Kundasang. Istilahnya bercuti tapi tak der la tidur di hotel cuma balik hari sahaja....Maknanya pusing2 di Kundasang dan Ranau sehari suntuk la... Sebuah kereta VIVA (A) berwarna putih telah disewa untuk melancarkan perjalanan kami ke sana,

Ketiga-tiga pelajar yang terdiri daripada bekas pelajar institut kemahiran ini, seorang lagi pelajar sem akhir dan yang terakhir tu adalah pelajar junior. Pelajar junior ini mengalami sakit saraf tunjang di mana dia pernah jatuh dari pokok pada bulan Feb lepas...jadi dia mmg tak berapa tahan sejuk....

Perjalanan pagi itu dimulakan dengan berkumpul di kuarters dan disulami dengan sarapan bertaraf cafe di KK.... Santapan cucur ikan bilis dengan potongan bawang Bombay dan dicicah dengan sos Cili Maggi.

Kami memulakan perjalanan dari tempat aku keje ni pada jam 7.45 pagi. Perjalanan untuk ke Kundasang seperti biasa agak mencabar. Jalan bukit yang terpaksa di naiki menyebabkan terpkasa menggunakan gear rendah. Sebab tu la keta sewa yang aku pilih Auto, tak perlu fikir panjang. Kereta akan susah untuk naik gear sekiranya kenderaan di depan seperti lori atau kontena yang besar di depan bergerak perlahan. Sebab agak bahaya untuk memotong di jalan yang selorong ni.

Dalam jam 9, kami selamat sampai di Pekan Nabalu....sungguh sajuk keadaaan ketika itu dan masih belum ramai orang di Pekan Nabalu. Ada peniaga yang baru memotong buah-buahan yang segar untuk dijual...tapi sayangnya sb baru bekpes tak de la dibeli buah-buahan tersebut.

Kami menaiki Menara yang terdapat di Pekan Nabalu untuk merakamkan gambar kenangan dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu....Boleh tahan jugak tinggi menara tu......semakin tinggi...semakin menegak tangganya..... Kami akhiri persinggahan di Pekan Nabalu dengan ada yang membeli barang souvenier (kenang2an ) untuk diri sendiri..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...