Seperti yang pernah diciterkan pada entry yang lepas ada 2 rintangan dan cabaran yang hebat dalam hidupku . Inilah penyebab dan kisahnya
Hari ni , genap setahun arwah abah ( panggilan untuk ayah bagi orang negeri Sembilan ) pergi bertemu Illahi.
Pemergiannya yang cukup mengejut pada tahun lepas, 2011. Arwah abah macam dimudahkan urusannya di saat sakaratul maut. Arwah abah hanya demam yang teruk selama 2 hari dan sejam sebelum arwah meninggal dunia masih sempat lagi berborak.
Masih terngiang di ingatan, 2 minggu sebelum arwah meninggal beliau asyik memesan agar ku dipindahkan balik ke Selangor untuk menjaga mak. Aku hanya senyum ketika itu tanpa memahami maksud yang tersirat di sebaliknya. Seperti pada masa itu aku membeli tiket flight last minit untuk melihat perkahwinan kawan tempat keje lama di Setiawangsa dan itu jugak merupakan peluang terakhir kali aku meluhat arwah abah.
Dan kisah ini, semacam coretan yang berulang pada tahun 2010...di mana di masa kepulangan aku di kampung arwah Nenek semacam pelik memesan suruh beli periuk baru, ubat Sakit Urat sebanyak RM 50 Walaupun ketika itu aku cuti 2 hari , terpaksa jugak la aku menaiki WIRA dari Selangor balik ke Negeri Sembilan untuk berjumpa nenek. Semasa berjumpanya, dia bertanya pada aku bilakah raya pada tahun 2010... Aku jawab lagi 4 bulan.. dan arwah nenek kata pada aku seperti begini. Orang negeri sembilan panggil nenek adalah Wan
" Raso macam lamo bonar wan raso ekau duk Sabah, macam lamo bebonar 5 tahun eh rasonya.....ekau copek balik dapek jumpa wan lagi "
Translation : Rasa macam lama benar Wan rasa kau duk Sabah, macam lama benar 5 tahun rasanya, kau cepat balik dapat jumpa Wan lagi"
Seperti biasa aku tersenyum jak ketika itu. 2 tahun berturut2 aku kehilangan orang-orang yang aku sayang.
Itulah antara penyebab mengapa aku mahu pulang....( Sebak la plak time tulis entry ni )
Di subuh yang hening ni, aku sedekahkan Al-Fatehah untuk mereka yang aku sayang ni, semoga dicucuri rahmat di sana. Pasti kita akan berjumpa lagi di dunia sana
Pesan pada pembacam SILA SAYANGI IBU BAPA ANDA SEMASA HAYATNYA...